Tuesday, April 1, 2008

Untuk Sekian kali nya

Assalammualaikum !

FUh..Yooo dah lama giler aku tak mengadap p.c yang berinternet nie... dan dah lama juge aku tak gi cc nie..lepas kawin terus sibuk.. lagi lagi tempat baru..yang tak bercampur gaul dengan orang ramai..asik mengadap linen dan besi besi yang diorang panggil set bedah..yang kedang kadan naik pelik aku tengok alat tu..macam alat nak buat rumah pun ada..

aku terus hidup..hidup dengan Aroma hantaran perkahwinan yang baru aku bukak..dan baru aku pakai..wangiii siut...

Istana aku yang baru telah aku duduki sejak 3 bulan lalu..Istana tu adalah kepunyaan Bapak aku yang disewakan kepada aku dengan bayaran Rm 200 sebulan..Istana tu tak berapa besar cuma panjang ajer..ada 1 bilik air..1 Bilik termenung dan 1 bilik beradu..dan Istana tu merupakan bekas rumah nenek aku dahulu yang sekarang nie duduk bersama bapak aku...

Kerja...macam biasa..cuma aku tukar kerja dari tukang balut kain kepada tukang balut set set bedah...dan aku akan di tukar kan lagi ke bahagian pengambilan set set bedah..untuk menambahkan pengetahuan aku tentang kerja kerja di CSSU sebelum aku mengambil kursus tahap 3 iaitu kursus tahap 3 lah...untuk memudah kan aku naik pangkat dan cepat aku belah dari situ....

kawin..BESTTTT OOOO cikin ko kawin la cepat...dah nak dekat 5 bulan aku kawin..tanda tanda nak dapat baby tak der lagii... tak per tak ader rezeki lagi tu...tapi mak aku dah tak sabo nak timang cucu...siap cakap kat adik aku yang bini aku dah mengandung...pandai pandai aja ibunda ku ini...bikin anakanda malu aja...

tubuh ku yang dulu sasa dan bidang dengan tulang temulang yang mengiurkan telah menampak kan daging nya..dan perut ku yang ketul ketul telah menampak kan boroinya..dan berat aku telah naik sebanyak 8kg pek besar....dah nak gemuk la...dan rambut ku yang hitam lagi lebat telah botak lagi kilat...kerana..jeng jeng jeng...kerana aku kacak kelihatan botak..hahahhaha...

Sekian saja ...masa tidak mengizin kan..nak jemput bini balik keja la...sapa tak sayang bini woi...
Thumb UP ... PEace